Jangan Herdik dan memaki hamun anak-anak - PART 2

Assalamualaikum..byk admin dapat persoalan-persoalan yang berkaitan dengan tajuk ini..kebanyakannya dari golongan remaja..ye admin tahu yg bertanya itu semua dari golongan remaja.

Dari sambungan bahagian kedua ini admin hanya ingin membuat kesimpulannya sahaja dan tidak akan membuka part 3 dalam tajuk ini.

Kepada ibubapa berlembutlah dengan anak-anak ini, berlembut dengan erti kata menegur dengan kalimat yang memberi kesan ke hati sanubari. Bukan berlembut sehingga kalian ibubapa dipijak kepala. Bagaimana berlembut dengan kalimat yang berkesan..pertamanya pastikan kita tegur itu datangnya dari  hati kita yang dalam, bukan dengan nafsu amarah..hati yang dalam itu sebenarnya adalah lintasan-lintasan yang baik yang datangnya dari Allah Taala dan juga bisikan para-para malaikat. Bayangkan sekiranya ianya adalah lintasan dari Allah atau para-para malaikat..bukankah ianya satu nasihat yang baik..bila ianya datang dari bisikan hati pasti akan menembus ke hati juga. Hati siapa?..hati anak-anak yang  kita nasihatkan, kerana dengan bahasa hati jugalah yang akan menembusi hati orang lain. ibarat kata hanya HATI mengenal HATI.

Apa akan jadi bila menasihati dengan nafsu Amarah..Nafsu amarah adalah nafsu yang paling rendah sekali..nafsu ini adalah nafsu yang akan di limpar ke dalam api neraka sekiranya seseorang itu memiliki sifat nafsu ini..sekiranya kita faham akan nafsu ini pasti kita akan sedia maklum bahawa nafsu amarah tidak akan dapat menembusi hati anak-anak untuk di nasihati melainkan nafsu ini akan memainkan peranan untuk merubah anak ini menjadi lebih agresif atau kata lainnya menjadi nakal/buas/kurang ajar/ buruk akhlak/melawan/ dan banyak lagi sifat-sifat yang buruk..sebab apa? Sebab nafsu amarah ini lah nafsu yang keji....ada 10 ciri-ciri sifat nafsu amarah yang telah di gariskan oleh imam ghazali itu adalah pokoknya.. Jadi fahamkah ibubapa apa sebab anak menjadi tidak mendengar kata?

Ibubapa harus membersihkan diri dari nafsu amarah ini. Marah/Pemarah salah satu sifat dari Nafsu Amarah. Marahlah anak ini dengan Marah Yang Haq..iaitu memarahi atas dasar membentuk anak menjadi lebih baik..maka baikkan dulu hati ibubapa dahulu. Kalau kita fahami nafsu amarah ini pasti kita juga akan lebih berhati-hati dalam berbicara dan menasihati. Ibubapa juga perlu ada sifat menghargai apa yang anak-anak ini lakukan..bukan sahaja menuding kesalahan bertubi-tubi pada anak-anak. Ilmu memahami isi anak-anak perlu diketahui supaya mudah memahami perkembangan dan perjalanan remaja..MUSTAHIL ibubapa tidak memahami kerana kalian juga pernah alami zaman remaja.


Kepada anak yang meningkat remaja, kamu sebagai anak perlu berjuang ke atas diri kamu untuk menyenangkan ibu bapa..bukan memprotes yang kamu sendiri tidak tahu apa tujuan ibubapa kamu menasihati kamu..ibubapa kamu lebih tahu akan perjalanan hidup dari kamu. Buat yang terbaik untuk ibubapa kamu, gembirakan mereka, zaman muda kamu harus berjalan dengan teliti...waktu umur remaja kamu itu ibarat berjalan di atas jambatan yang halus berat kekanan akan jatuh..berat kekiri akan jatuh..tak berjalan akan jatuh..berjalan laju akan tergelincir jatuh..maka hati-hati dalam menempuhi hidup, berjaya kamu mesti di iringi dengan DOA ibubapa. dengan doa dan redha ibubapa kamu itu lah yang membolehkan kamu melepasi jambatan halus. Kalau sudah memprotes hari-hari bukankah ia meletakkan diri kamu itu menderhaka..bukankah orang yang menderhaka itu orang yang jauh dari rahmat Allah..orang yang jauh dari Rahmat Allah adalah orang yang tidak mendapat Redha ibubapa..maka kamu harus renungi ini semula..bawak minda kamu berjalan ke asal-usul semula..fikirkan semula. bentuk diri kamu semula. dapatkan Rahmat ALlah..dapatkan Redha ibubapa dan BERJALANLAH dengan di iringi DOA mereka.

Ulasan

  1. Saya ni sorang je anak perempuan dalam adik beradik saya sedih sgt ustaz sebab mak saya selalu memaki saya cakap saya ni babi, gila, sial, celaka, betina jalang ada banyak lagi mak saya maki saya ni. Saya la yang paling teruk sekali kena marah dengan mak saya daripada kecik lagi. Mak saya sampai doakan saya ni cepat mati dia selalu cakap menyampah tengok muka saya ni. Mak saya cakap dia stress jaga saya ni. Mak saya marah saya selalu dia suruh saya duduk rumah nenek saya dia cakap kalau saya takde lagi senang. Mak saya suruh saya merambus daripada rumah duduk rumah nenek saya dia cakap dia tak nak bela saya. Saya kalau buat salah sikit nak marah saya. Kalau saya cakap saya ada sakit mesti mak saya marah dia cakap saya ni saja buat-buat sakit saya ni menyusahkan orang. Saya selalu tolong mak saya tapi selalu kena marah. Saya tak tahu nak pergi mana mak saya selalu cakap dia menyampah tengok muka saya ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Salam Ramadhan 2016 - PUASA