Belajar Mengaji Secara Online



Boleh kah belajar mengaji secara online ?

Persoalan ini kalau dilihat mesti dari golongan orang2 dewasa punya pertanyaan. 
Jawapannya boleh takde salahnya..cumanya tidak lah sesempurna orang yang berlajar secara berdepan (beguru) sebab dalam mengaji alquran sebutan dan tajwid diutamakan.

Bagi yang nak belajar atau sedang belajar secara online anggaplah itu satu dorongan dari Allah untuk terus belajar mengenal dan melazimi ayat2 Quran. Sekiranya jujur dan ikhlas pasti akan di bukakan jalan untuk bertemu guru untuk mengajar.

Dalam pembelajaran online seharusnya dapat melancarkan bacaan dan menghayati bacaan. Jadi jika itu yang kita mampu teruskan.

Untuk anak-anak belajar secara online ini satu cara / kaedah terbaik bagi memupuk minat belajar Iqra, banyak sudah kita lihat interaktif dalam menarik minat belajar pada anak-anak.

Mudah-mudahan minat mengaji dapat di semat dan di pupuk dalam jiwa kita. InsyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ziarah Makam di Masjid Kg Hulu Melaka

Salam Ramadhan 2016 - PUASA